Wednesday, July 18, 2007

May 6th, 2006 at 3:45 am e

# a Says:
May 6th, 2006 at 3:45 am e

Usul kembali

Kaf Ha’ Ya’ `Ayn Sad
kan ku lepaskan panah al-Haqq ke arah rambulan
biar diherdik biar dimaki sejuta bani adampun ku tak gentar
hanya engkau yang ku maksudkan tekad usul kembali ke jalan lurus

pipimu basah tampak sedih bengkak kakimu
ada apa denganmu baginda Abu Al-Qassim
sudah dijanjikan tempat yang paling unggul disisinya
lisannya…..aku hanya mahu menyembah syukur sebagai hamba yang dikurnia nikmat

ini bulan Subur
ini bulan Rahmat…..bila segala jenis benih disemai hidup
jalan mu diarak awan
wajahmu nur terang menawan
hatimu diisi suci hikmat dibebankan Jibril siaran langsung studio Loh Mahfuz
Ubat segala hati yang resah gelisah
Rahmatun li al-`alamin

hiba….hiba… ku inginkan kerinduan datang menjumput
kulawankan hati pecah payah akan cintamu hadir
hatiku menjerit batinku lemah
kuteriak melalak sepi malam berderai hatiku keras direbas lagi

Ya Rabbi hanya engkau yang ku maksudkan tekad usul kembali ke jalan lurus
dan sejahterakanlah junjugan kami Muhammad Abu Al-Qassim
yang ummi dan di atas keluarga dan sahabat baginda semuanya.
Kesejahteraan kemuliaan seluruh bulan sekelilinginya beribu-ribu
di atas junjugan pesuruh yang amat tinggi.

Rabbul alamin… Pembuka segala ilmu.
Wahai Yang Maha Mengetahui segala rahsia.
engkau bukakanlah gerbang hati ku dengan pembukaan yang sepenuhnya.

ampun maha Gusti Agung beribu ribu ampun sembah patik harap diampun
asalku segumpal darah pertalian Nabi Adam bertawasul di atas Zad Muhammad
ku mengemis pengampunan
ngerti sifatku… ngerti khilafku
hiba akan keadaan diri
hina... tak layak….zalimi diri dipukau bumi
palu rebana hati berkali kali jasad bergegar meredas mimpi
pandanglah pengantaraan ku kotakanlah sekehendakmu

selawat dan salam hormat Bagindaku
rasul terakhirmu hanya namanya yang tertera selepas mu di azali
kuingin ucapkan selamat bulan kelahirannya
ternyata aku terlena sejenak sebenarnya……

0 comments: